❤We're Gang❤ :)
Sayang , bertutup itu tetap indah .
Friday, 18 January 2013 @ 18:52 | 0 Comment [s]




Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.


Hati ini terpanggil-panggil untuk berkongsi pada kalian mahupun pada pembaca di blog ini. Berharap ia memberi manfaat pada semua. Sesungguhnya yang buruk itu datangnya dari saya yang indah itu datangnya dari Maha Esa.


Semua sudah maklum bukan bahawa menutup aurat itu WAJIB. Sekali lagi diulang , WAJIB. Sengaja aku highlightkan perkataan "wajib" itu agar dapat menunjukan betapa pentingnya ia. Maaflah kalau kalian berasa aku ini seperti menunjuk-nunjuk atau pun orang sabah kata "trep alim" Sebenarnya , aku tidak pernah berniat begitu. Sesungguhnya aku seperti kalian juga. Masih mencari erti hidup yang sebenar. Aku ni pun baru belajar menutup aurat , kalian pun tahu bukan macam mana aku sebelum ni? Buka sana , buka sini. Baju fit , seluar fit dan etc. Oleh itu , amatlah penting pemikiran yang positif dari kamu untuk tajuk yang aku mahu kongsi sama kamu pada hari ini. Peace yoo^^ Sama-samalah kita beristiqomah.

Pertama sekali , aku mahu membebel tentang maksud aurat. Lek laa , aku tahu kamu mesti sudah maklum tentang ni. Tapi , aku mahu juga membebel dengan kamu semua. Siapa tua aa? Aku kan^^ Hehe. So , mari kita bongkar balik maksud aurat dekat google.

"Aurat berasal daripada bahasa Arab, ‘Aurah’ yang bererti kurang. Di dalam fiqh, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain. (Wahbah al-Zuhayli (1989), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik: Dar al-Fikr, halaman 579). Walaupun ulama berkompromi mengenai had aurat yang perlu ditutup oleh wanita, namun mereka bersepakat mengatakan hukum menutup aurat bagi setiap wanita Muslim yang baligh adalah wajib"
 Haaaa , paham sudahkan kawan-kawan? Okey , aku mahu ambil maksud aurat dari sudut pandangan fiqh.
Di dalam fiqh , ia menyatakan bahawa aurat bermaksud bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain(bukan mahram). Okey stop. Itu kamu boleh paham sendiri sudahkan? Jadi , aku teruskan pembebelan ku yang kedua. Sekarang nie , ramai perempuan yang dapat kita lihat sudah menutup aurat , tidak kisahlah dipasar ka, bandar dan blablabla.Tapi persoalannya , sempurna ka aurat mereka? Aku malas mahu explain panjang-panjang. Kamu tengok jaklah gambar dekat bawah nie.



Nampak gambar diatas ni? Mana lagi cantik? Nombor 1-5 dari kiri ka atau 6-7 tu? Pandai-pandailah buat keputusan ya. Buat ujian mata dulu kejap. Hehehe. B'balik pada topik aku tadi , aku berani kata segelintir perempuan yang bertudung tidak mampu menutup auratnya dengan sempurna. Bukti? Kita boleh tengok dekat bandar sandakan. Muka manis pakai tudung , tapi sayang nampak dada, guna baju lengan pendek, pakai seluar ketat/legging dan blablabla. Adakah dalam Al-Quran kita dikehendaki menutup aurat sebegitu? Setahu aku , dalam Al-Quran kita ditegaskan untuk menutup seluruh tubuh kita kecuali muka dan tapak tangan seperti yang sudah dijelaskan dalam entry c iza.

Sayang , apa motif kalian seperti begitu? Untuk mendapat perhatian daripada lelaki? HmmT.T Mari sini aku cerita sikit , lelaki ni walau jahat sekali pun , mata perempuan apa semua dia tetap cari perempuan yang SOLEHAH. Perempuan yang menutup auratnya dengan sempurna , pandai menjaga diri , sembahyang 5wktu. Ndak percaya? Pergi tanya sendiri dengan lelaki. Jadi , sebagai perempuan janganlah kita mencari perhatian dengan publisiti murahan. Dedah sana , dedah sini. Percayalah , sehodoh mana pun kita , kita tetap cantik pada pandangan Allah S.W.T &&& peliharalah kemaluan mu dari lelaki lain. Sesungguhnya , ia cuma halal untuk imammu.


Sekian. -pka-



❤Terima kasih kerana datang singgah, jumpa lagi^^❤

Older Post | Newer Post

Assalamualaikum dan hye semuaa :) We're Gang here. Please respect ok. terimakasih kerana dtg singgah, jangan lupa follow pulakk^^
Elf - Proud To Be Everlasting Friend

download / iTunes / iron dj
Story About Stuff Links



Go to www.Cbox.ws. Widht, 200.


This template was created by FaqihahHusni. Please inform me if I use your artwork but I did'nt mention your name. Thank You all for helping me :D Best view in Google Chrome only.